Tuesday, March 13, 2007

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Kembali Kepada Illahi.....

Beberapa minggu yang lalu aku bermimpi gigi gerham ku yang di bawah sebelah kiri terlongkah dan gusi ku kekosongan. Aku terbangun dari tidur lantas memegang gusi seolah-olah terasa gigi sudah tercabut. Alhamdullilah ternayata gigi ku masih lagi kukuh.

Aku termenung kerna aku teringat orang tua-tua pernah berkata seandainya mimpi begitu akan ada orang yang rapat dalam keluarga yang akan sakit kuat dan mungkin juga meninggalkan kita.

Aku memberitahu suami ku. Dia mengingatkan supaya aku jangan mendahului takdir.Aku akur pesannya tetapi hati ku masih berdebar-debar. Setiap kali telefon bimbit ku berdering aku pasti berlari pantas mengangkat telefon. Hati ku pasti berdebar-debar.....

Beberapa hari kemudian bapa saudara suami ku dimasukkan ke hospital. Beliau mengidap penyakit hepatitis yang kronik. Doktor membuat keputusan untuk membuat pembedahan ke atas hatinya. Ternyata pembedahan itu tidak dapat menyembuhkan penyakitnya. Bahkan penyakitnya bertambah kronik.

Aku menyarankan kepada ahli keluarganya untuk mencuba perubatan alternatif. Sambutannya dingin dan tiada siapa kelihatan percaya atau ingin membuat percubaan. Alasannya hanyalah beliau sudah tua dan mungkin tidak akan berdaya untuk bertahan lebih lama.

Beberapa hari kemudian bapa ku di masukkan ke icu di sebuah hospital pakar.

Kami berkejar ke Kuantan untuk menziarahnya. Sepanjang perjalanan aku hanya berdoa agar aku sempat berjumpa dengannya dan sempat memohon maaf seandainya aku pernah mengguriskan hatinya serta melakukan perbuatan yang melukakan hatinya.

Sunday, March 4, 2007

Renungkanlah

Segala sesuatu pasti bermula dengan Pencipta nya. Begitu juga dengan kita. Tidak akan terjadi tanpa Pencipta kita.

Kita di cipta dari setitis air mani....... Bukan. Kita bermula sebenarnya dari satu sel air mani seorang yang bernama ayah bercantum dengan sel ova dari seorang yang bergelar ibu.........Betapa kecilnya asal mu wahai hamba Allah.
Percantuman ini menjadi seketul daging dan berkembang menjadi sifat manusia yang sempurna dalam masa hanya sembilan bulan sepuluh hari.
Pertumbuhan ini tidak kita sedari. Bahkan sewaktu roh kita di tiup Allah ke jasad pun kita tidak mengingatinya lagi. Juga perjalanan selama sembilan bulan hidup di dalam rahim ibu pun tidak dapat kita rasai sakitkah, senangkah, deritakah atau bahagiakah......Allah tutup ingatan kita ketika kita akan keluar dari rahim ibu melalui uterusnya yang sempit.
Kita tidak ingat bagaimana menjadi bayi yang comel. Didodoi, dipeluk, dicium,ditimang dan dimanja. Bagaimana kita belajar bertutur dan perkataan pertama yang terkeluar dari bibir kita. Atau jatuh bangun kita untuk belajar berjalan. Sehinggalah akal kita berkembang dan kita di asuh untuk berfikir dan belajar berbagai ilmu untuk menjadi orang yang bersedia untuk dewasa.
Ia menjadi kenangan masa silam yang tersimpan rapat didalam memori dan hanya akan dapat dilihat bila kita bertemu dengan Allah kelak.
Allah melindungi kita dan kita tidak menyedarinya. Jika tidak dengan lindunganNya pasti kita tidak sampai ke usia sebegini untuk berhenti sejenak untuk berfikir.
Lihatlah pada malam yang penuh dengan bintang-bintang yang berkerdipan di malam hari. Cantik dan indah.....Lihatlah betapa jauh dan kecilnya ia di mata kita. Sedang ia adalah bola api yang sungguh panas dan sungguh besar. Berjuta-juta kali ganda lebih besar dari kita.
Jika di bandingkan dengan bintang-bintang itu kita jauh lebih kerdil dan kecil. Pasti akan hancur dan lebur di dalam kepanasan apinya yang besar. Tetapi walaupun kecil, kita dikurniakan Allah dengan akal yang sungguh besar sehingga dapat memikirkan pekara-perkara yang halus dan tersembunyi..........jika seandainya kita mahu menggunakan pancaindera dan fikiran kurniaan Allah itu untuk melihat dan merenungkan pasti Dia akan menunjukkan jalan yang lurus ......betapa hebat dan besar lagi Pencipta yang menjadikan kita dan alam yang luas ini..........
Apakah yang harus kita lakukan. Apakah yang harus kita ucapkan.Apakah yang harus kita fikirkan.........fikirlah untuk mendekati dan mengenali Pencipta yang hebat ini. Kehebatan apakah ini yang tidak dapat di rangkum di dalam perkataan. Maha Agung Maha Besarlah Dia yang menjadikan bumi dan bintang-bintang ini untuk kegunaan kita. Rendahkan diri kita dan rasailah kekerdilan kita.
Tunduklah kepala dan terimalah hakikat bahawa kita tidak dapat melakukan yang setanding ini..........rebahkanlah badan dan sujudlah ke bumi dan pohonlah lindungan Nya sebagaimana Dia telah melindungi kita sejak dari dulu lagi.

Wednesday, February 28, 2007

Pemberian MU

Bismillahirrahmannirahim.......sesungguhnya Dialah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.Dia amat Pemurah kerana telah mengurniakan aku 5 orang anak yang hansem dan jelita. Dari kacamata aku, tiada yang kebih kacak dari 2 orang anak teruna ku dan tiada yang lebih manis dan jelita dari 3 orang anak gadis aku.

Dalam banyak pekara aku makan garam lebih 20 tahun dulu dari mereka. Walaupun begitu banyak pula yang aku pelajari dari mereka sepanjang mereka membesar dan meningkat remaja.

Kerana mereka aku rela berkorban harta benda dan nyawa. Semua ibu dan bapa akan berkata begitu. Kasih sayang yang tumbuh dari hati sejak mereka dilahirkan ke dunia ini bercabang dan berakar walaupun sewaktu kecil dahulu aku tidak pernah membayangkan bagaimana rupa mereka bila mereka dewasa nanti. Perasaan tidak perlu di paksa. Tidak perlu di rasuah.

Bagaimana ini boleh terjadi? Kalau di imbas kembali sewaktu aku mengandungkan mereka aku paling lemah. Janin yang membesar dalam rahim ku membuat aku senantiasa panas bagai orang yang demam. Tiga bulan pertama aku selalu sahaja mual, loya dan muntah-muntah. Bau makanan yang dimasak jadi kebencian aku. Masakan yang aku masak jadi jijik pada selera ku Berat badan ku bertambah. Beratnya membawa kamu........

Hingga waktu akan melahirkan kamu aku tidak dapat tidur nyenyak kerana kaki mu asyik sahaja menendang perut ku.Dan aku terpaksa melawat tandas lebih kerap dari biasa.

Waktu akan melahirkan anak ku yang sulung, aku sedang berpuasa di akhir bulan Ramadan yang syahdu. Sakit perut mula terasa pada malam 1hb. Syawal. Aku gagahkan diri ku untuk memasak rendang, nasi impit dan masak lodeh untuk menyambut hari raya esoknya. Sempat juga membakar sebuah kek dan membuat sedikit persiapan di ruang tamu.

Orang tua-tua mengatakan jika air mentuban yang pecah kelahiran akan jadi mudah dan cepat dan jika darah yang keluar maka akan sakit dan lama.

Aku tidak dapat mengagak bila kamu akan menjengahkan muka mu ke alam nyata ini.Tapi sakit untuk mengeluarkan kamu tidak dapat ku bayangkan dengan perkataan. Seluruh tenaga ku kerahkan. Setiap pernafasan ku kelam kabut kerana mahu melihat bagaimana rupa mu setelah sembilan bulan sepuluh hari engkau bersembunyi di tempat yang Allah namakan rahim ini. Juga mahu melepasi kepenatan membawa mu. Aku tidak dapat membayangkan kepenatan nenek ku mengandungkan ayah ku. Khabarnya ayah ku di kandung dalam rahim nenek ku selama 12 bulan!

Sungguh dengan kudrat dan iradatnya serta kasih sayangnya kamu dilindungi oleh Nya di dalam rahim. ku. Dengan limpah kasih sayangnya juga kamu selamat lahir ke dunia ini dan meniti pelangi kehidupan yang sementara sahaja ini.

Permulaan ini harus lah engkau mulai dengan mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah menjadikan kamu dari setitis air yang hanya sebesar zarah..........Allahu Akbar!!!









Bicara Hati 1

Hai ......hari ini kita bangun lagi dari tidur yang nyenyak semalam..... hari ini kita bangun dan masih sempat menghirup udara milik Allah yang maha Esa. Esok lusa belum tahu lagi samada kita akan diberi Allah peluang untuk bangun dan mengucapkan kesyukuran kepada Nya.Mendengar ayam berkokok. Bunyi burung berkicauan. Langit yang membiru dan awan yang putih gebu.Melihat senyuman orang yang kita kasihi. Menikmati makanan dan minuman yang lazat lagi menyelerakan.Atau masih sempatkah lagi berbakti untuk bekalan akhirat kita nanti.

Semuanya terserah kepada Allah. Dia yang telah menjadikan kita dari setitik air mani dan meniupkan ruh ke tubuh kita sewaktu kita masih belum mampu untuk berfikir dan berkata-kata.Dia juga lah yang bisa menarik segala-galanya dengan sekelip mata sahaja.Segala nikmat kehidupan ini yang menyeronokkan dan membahagiakan hilang entah kemana.
Orang kaya bisa jatuh miskin. Orang sihat bisa sakit. Yang melihat boleh jadi buta. Yang mendengar boleh jadi pekak.Yang sempurna jadi cacat. Kerana Allah lah punca kehidupan dan berkuasa atas segala-galanya.Dia menyediakan segala-galanya untuk kita sebelum kita tahu kita memerlukannya.
Dia menyediakan air, udara, bumi, tumbuh-tumbuhan, langit , matahari dan bintang, binatang ternakan dan haiwan yang liar untuk kegunaan kita.Dari mata air yang jernih yang keluar dari bumi, mengalir ke sungai menuju ke laut, dipenuhi dengan berbagai-bagai jenis ikan, udang, siput, ketam yang boleh di jadikan makanan yang lazat. Kemudian meluap ke langit menjadi awan dan turun kembali ke bumi menjadi hujan yang membasahi tanah gurun dan gersang.Maka tumbuhlah pokok kayu, herba dan sayur-sayuran. Alangkah cantiknya bumi yang hijau. Redup mata memandang...........
Tetapi kita selalu lupa akan Dia. Kita selalu take Him for granted. Bahkan selalu sahaja kita lupa untuk berterima kasih kepadaNya atas segala pemberian yang disediakan untuk kesenangan kita.
Tetapi bila pemberian yang diberi kepada kita oleh insan biasa walaupun ianya berupa se batang pena......setiap kali terpandang pena maka kita akan teringat pada si pemberi......segala kebaikannya kita kenangi.....
Jika kita menaiki monorail atau keretapi letrik yang laju sambil kita berdiri memandang keluar tingkap memandang rumput atau pokok atau manusia di luar sana.......mata kita...ingatan kita....akal kita tidak pernah teringat akan pencipta yang menjadikan semua ini.
Kanapa ya? ...........