Bismillahirrahmannirahim.......sesungguhnya Dialah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.Dia amat Pemurah kerana telah mengurniakan aku 5 orang anak yang hansem dan jelita. Dari kacamata aku, tiada yang kebih kacak dari 2 orang anak teruna ku dan tiada yang lebih manis dan jelita dari 3 orang anak gadis aku.
Dalam banyak pekara aku makan garam lebih 20 tahun dulu dari mereka. Walaupun begitu banyak pula yang aku pelajari dari mereka sepanjang mereka membesar dan meningkat remaja.
Kerana mereka aku rela berkorban harta benda dan nyawa. Semua ibu dan bapa akan berkata begitu. Kasih sayang yang tumbuh dari hati sejak mereka dilahirkan ke dunia ini bercabang dan berakar walaupun sewaktu kecil dahulu aku tidak pernah membayangkan bagaimana rupa mereka bila mereka dewasa nanti. Perasaan tidak perlu di paksa. Tidak perlu di rasuah.
Bagaimana ini boleh terjadi? Kalau di imbas kembali sewaktu aku mengandungkan mereka aku paling lemah. Janin yang membesar dalam rahim ku membuat aku senantiasa panas bagai orang yang demam. Tiga bulan pertama aku selalu sahaja mual, loya dan muntah-muntah. Bau makanan yang dimasak jadi kebencian aku. Masakan yang aku masak jadi jijik pada selera ku Berat badan ku bertambah. Beratnya membawa kamu........
Hingga waktu akan melahirkan kamu aku tidak dapat tidur nyenyak kerana kaki mu asyik sahaja menendang perut ku.Dan aku terpaksa melawat tandas lebih kerap dari biasa.
Waktu akan melahirkan anak ku yang sulung, aku sedang berpuasa di akhir bulan Ramadan yang syahdu. Sakit perut mula terasa pada malam 1hb. Syawal. Aku gagahkan diri ku untuk memasak rendang, nasi impit dan masak lodeh untuk menyambut hari raya esoknya. Sempat juga membakar sebuah kek dan membuat sedikit persiapan di ruang tamu.
Orang tua-tua mengatakan jika air mentuban yang pecah kelahiran akan jadi mudah dan cepat dan jika darah yang keluar maka akan sakit dan lama.
Aku tidak dapat mengagak bila kamu akan menjengahkan muka mu ke alam nyata ini.Tapi sakit untuk mengeluarkan kamu tidak dapat ku bayangkan dengan perkataan. Seluruh tenaga ku kerahkan. Setiap pernafasan ku kelam kabut kerana mahu melihat bagaimana rupa mu setelah sembilan bulan sepuluh hari engkau bersembunyi di tempat yang Allah namakan rahim ini. Juga mahu melepasi kepenatan membawa mu. Aku tidak dapat membayangkan kepenatan nenek ku mengandungkan ayah ku. Khabarnya ayah ku di kandung dalam rahim nenek ku selama 12 bulan!
Sungguh dengan kudrat dan iradatnya serta kasih sayangnya kamu dilindungi oleh Nya di dalam rahim. ku. Dengan limpah kasih sayangnya juga kamu selamat lahir ke dunia ini dan meniti pelangi kehidupan yang sementara sahaja ini.
Permulaan ini harus lah engkau mulai dengan mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah menjadikan kamu dari setitis air yang hanya sebesar zarah..........Allahu Akbar!!!
Wednesday, February 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment