Sunday, September 6, 2009

Aku menutup klinik ku awal Sabtu yang lepas...dalam pukul 3 petang... semata2 kerana ingin meraikan majlis berbuka puasa jemputan Urgun Bey, warga Turki yang bermastautin di Malaysia yang telah menjadi 'tourist guide' kami waktu lawatan ke Turki dulu.

Kami sampai dalam pukul 6.30 petang di JW Marriot jalan bukit Bintang dan dewan ballroom itu sudah dipenuhi dengan jemputan2 yang hadir lebih awal lagi.

Aku sangkakan hanya kami dan beberapa orang yang pernah melawat Turki bersama2 Urgun Bey...rupa2nya mungkin lebih dari 400 jemputan yang hadir.

Makanan nye tak dapat di ceritakan sedapnya, terutama nasi turki , kebab & sup addas nya...membuat aku teringat semula ke Turki dan kenangan indah sewaktu di sana.

Kami berkesempatan bertemu dengan teman2 lama yang juga mempunyai hubungan dengan geng Turki ni..

Majlis berbuka itu di jayakan oleh Pusat Kebudayaan Turki Malaysia. Selepas makan ada persembahan yang di buat oleh pelajar2 Sekolah Horizon, sekolah Turki yang telah ditubuhkan beberapa tahun yang lalu.,,ada penyampaian lagu2 Turki & pembacaan puisi Turki dalam bahasa Turki oleh pelajar Malaysia yang belajar Bahasa Turki di Pusat itu.

Kata-kata aluan telah diberi oleh Duta Besar Turki ke Malaysia yang akan bersara & pulang ke Turki 2 hari sebelum Syawal akan datang.

Aku rasa kagum dengan kesungguhan geng Turki & Pusat Kebudayaan Turki ini menjalin & cuba merapatkan hubungan dengan rakyat Malaysia. Mereka sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk tujuan tersebut....jalinan ini telah mereka lakukan sejak tahun 1998 lagi....dan bilangan yang menghadiri bertambah setiap tahun bermula dengan hanya 4 orang...

Dan aku rasa ikatan yang mereka bina ini sungguh ikhlas...... tidak ada pertubuhan dari negara lain yang sungguh kommited dalam mengukuhkan hubungan ini seperti mereka. Niat mereka untuk membina ukhuwah islamiah dengan sesama Muslim & menghebahkan kewujudan mereka di Malaysia adalah satu usaha yang bijak sebagaimana bijaknya mereka menakluki & berkuasa satu masa dulu. Inilah jejak dedikasi mereka di mana2 jua mereka berada di seluruh dunia...jejak untuk mengembalikankan kekuatan Islam melalui persaudaraan yang kukuh tanpa mengira perbezaan budaya & bahasa.....

No comments: