Wednesday, August 26, 2009

Bertemu Ramadan al Kareem Sekali Lagi...

Doa ku dimakbulkan oleh Allah...Akhirnya aku bertemu juga dengan Ramadan kali ini....

Sudah lima hari berpuasa, bertarawih, bersahur & membaca AlQuran al Kareem serta berdoa agar diampuni Allah segala dosa & di jauhi dari siksa api neraka, siksa kubur, siksa di padang mahsyar..juga setiap malam memohon pada Allah agar di temukan dengan malam yang sungguh dahsyat iaitu malam lailatul Qadar serta di temukan Allah dengan Rasullullah saw di dalam mimpi ku....

Aku berdoa kerana itu lah yang disuruh Allah. Supaya kita sentiasa berdoa & meminta perkara yang baik2 untuk kehidupan kita di dunia & di akhirat nanti.....Aku berdoa kerana Dia lah yang memakbulkan segala doa & aku berdoa kerana kekerdilan & kelemahan ku di dalam segala segi di sisi Nya...

Banyak sungguh perkara yang aku ingin minta kepada Allah sehingga kadang kala aku terasa tamak & tidak tahu malu kerana meminta tak henti2....tapi bukan kah Dia Pencipta ku yang mengetahui segala kehendak & keinginan ku untuk berjaya di dunia & akhirat....tetapi dengan syarat pemohonan ku itu yang terbaik untuk ku & akhirat ku....seandainya ia buruk maka jauhkan ia dari ku.....

Ya Allah...tenangkan fikiran ku, leraikan segala kekusutan hidup ku supaya aku dapat fokus menunaikan ibadah ku pada Mu, hilangkan segala keresahan ku, jauhi aku dari rasa takut kepada manusia & makhluk Mu, takut ku hanya pada Mu sahaja Ya Allah...

Ya Rabb......jauhi aku dari bisikan & godaan syaitan yang terkutuk & jauhi kami dari melakukan maksiat yang engkau tegah...mudahkan kami untuk khusyuk di dalam solat kami, ringankan badan kami untuk bangun mengerjakan perintah Mu dan lembutkan lidah & bibir kami untuk sentiasa menyebut nama Mu & mensyukuri nikmat Mu yang tidak terhingga..

Ampuni kami Ya Allah yang Maha Pengampun...ampuni kedua orang tua kami, suami kami, guru2 kami, anak2 kami & saudara2 kami serta seluruh kaum Muslimin & Muslimat sekelian...redhoi semua amalan kami walau betapa kecil sekali pun....terima lah kami sebagai hamba mu yang engkau kasihi sebagaimana Engkau mengasihi Rasullullah saw....

Ya Allah sampaikan semua hajat kami yang baik untuk menegakkan Islam di muka bumi ini serta murahkan rezeki kami dan mudahkan semua urusan kami...hindari kami dari perbuatan sihir & hasad dengki orang2 yang dengki.....dan kuatkan ikatan kasih sayang antara kami...

Ya Allah yang Maha Berkuasa..tunjukkan kami ke jalan yang lurus yang engkau redhoi bukan jalan orang2 sesat...pancarkan lah Nur di wajah kami, di mata & penglihatan kami, di telinga & pendengaran kami, di bibir & lidah serta pertuturan & perbicaraan kami...berilah kami Nur Mu dari kanan & kiri kami, dari hadapan & belakang kami, dari atas & bawah kami...anugerahkan kami nur Mu dari langit & bumi Mu, dari angin, laut, bumi dan apa sahaja yang engkau kuasai...Ya Allah.

Ilhamkan kami pemikiran yang bernas & kemampuan berbicara & berkomunikasi supaya mudah difahami manusia...Anugerahkan kepada kami kelebihan merawat emosi, jiwa, fikiran, fizikal & penyakit yang mengganggu ketaatan mereka pada Mu ya Allah,,

Selamatkan kami, keluarga kami & muslimin serta muslimat sekelian dari ancaman Dajjal..selamatkan Palestin Ya Allah...Bangunkan kesedaran kepada setiap Muslim untuk bangun berjuang dijalan Mu Ya Allah tanpa rasa bosan & jemu....

Untuk kali ini ...inilah permohonan ku.....



Thursday, August 20, 2009

Anak Comel Yaang Menangis Tak Henti2 Selama Dua Bulan

Di hadapan rumah ku di Melaka ada se buah Taska yang memberi perkhidmatan mengasuh kanak-kanak telah beroperasi hampir 9 bulan. Mila, tuan punya taska ini merupakan seorang wanita yang sungguh gigih dan tinggi kesabarannya kerana dapat berhadapan dengan karenah anak2 kecil dengan baik sekali.

Kesabarannya dan pekerja2nya tercabar juga apabila seorang jururawat yang bekerja di hospital Melaka mula menghantar anaknya berumur lebih kurang enam bulan ke Taskanya. Jadual kerja ibu muda ini tidak menetu kerana ikut shift yang bertukar tiap minggu. Adakala siang. Adakala malam.

Setelah dua bulan lebih mengasuh Abu, Ina, salah seorang pengasuh yang rapat dengan ku, datang bertanya samaada aku dapat menolong memulihkan keadaan bayi yang sengsara ini.

Dia memberitahu bahawa ibubapanya tak tidur malam kerana Abu tak berhenti menangis.

Aku menyuruh Ina supaya memberitahu ibu Abu untuk menghubungi ku dan menyatakan hajatnya. Namun masuk tiga minggu ibu Abu tak pernah cuba menghubungi aku......dan anaknya terus juga menangis tak henti2.

Suatu petang Ina datang dengan wajah yang sungguh masygul.

"Tak tahan lagi lah Ummi...Abu menangis tak berhenti-henti. Bagi makan menangis. Bagi minum menangis. Mandi pun menangis. Tukar lampin menangis. Rasa macam nak tendang2 je dia."
Ina melepaskan perasaannya yang tertekan..." Ibu Abu pun dah beritahu tak nak jugak datang jumpa Ummi...sibuk lah.. tak ada masa lah..."

" Sabar Ina..." Aku cuba meredakan kemarahannya.

Lepas maghrib aku ke Taska dan membawa pulang Abu ke rumah ku dalam sedu sedan. Kesian anak ini kepenatan kerana tak berhenti menangis..

" Tak pe lah Ina ...Ummi cuba lah ape yang termampu..." Aku menyejukkan hati Ina.


Semetara menyediakan air garam untuk digunakan sebagai permulaan penawar untuk Abu, suami ku mendukung dan cuba mententeramkan Abu....Dia gagal.


Aku memandikan Abu...masih menangis...kesejukan dia menggeletar.

Selepas mandi, aku mengelap badannya dan menyapu bedak ke badannya sambil bercakap2 dengannya...sedunya berkurangan..kemudian aku memulakan aurashifa'.....Fantastik....Abu mula tersenyum dan kemudian ketawa mengekek2..

Bila aku kembalikan Abu ke Ina...Ina macam tak percaya bahawa Abu sudah berhenti menangis dan mula bergolek2 dan gaga gugu bila di acah....Untuk kali pertamanya suara Abu merdu sekali.......

Ina menyedekahkan aku semampunya tetapi hingga kini ibunya tak pernah jugak menghubungi aku untuk berkenal2an...atau menceritakan keadaan Abu kepada ku....

Alhamdullillah Abu sudah kembali normal dan tak menangis lagi....

Friday, August 7, 2009

Daya Alami, Ayer Keroh, Melaka

Bismillahir Rahmanir Rahim,


Daya Alami..satu nama pilihan suami ku untuk kedai dan pusat rawatan alternatif & tradisional juga kedai herba akan beroperasi mulai Isnin, 10hb. Ogos, 2009 19hb. Syaaban.....10 hari lewat dari tarikh yang aku rancangkan.

Walaupun begitu, alhamdullilah.... sudah ramai yang masuk ke kedai untuk menanya perihal rawatan yang akan di beri di kedai ini.

Sebelum ini aku hanya memberi khidwat rawatan di rumah tetapi dengan berkat, izin & paksaan suami ku akhirnya aku berjaya juga membuka sebuah kedai milik ku sendiri....yang sudah pun berdaftar di bawah suruhanjaya perniagaan & telah mendapat kelulusan lesen dari Majlis Bandaraya Melaka .....

Setelah siap diubahsuai, dicat oleh anak2 ku & di hias dengan sederhana sekali, kedai ini sudah memberi semangat untuk aku betul2 memberi khidmat kepada masyarakat demi membantu mengembalikan semula kesihatan berdasarkan rawatan & pengubatan ArRasul saw & rawatan2 semulajadi & alami yang telah lama aku pelajari & yakini seperti Homeopati, Herba, Refkexologi, Naturopati, Akupuntur USA, Bekam, Aurashifa' dan lain2 lagi.

Memang benar bahawa bersama penyakit yang diturunkan Allah kepada manusia ,Dia juga menurunkan penawar & cara merawat untuk sembuh...Dia lah Yang Maha Menyembuhkan segala penyakit.

Di Daya Alami, penyakit akan di daignos menggunakan teknik iridologi....iridologi yang di amalkan di negara, England, Eropah seperti di Sepanyol, Itali, france & German juga di negeri Cina, Jepun & Korea melihat ke dalam iris mata untuk mengetahui tahap kesihatan sel2 tisu di dalam organ di dalam tubuh badan manusia.

Iris mata memberi petunjuk kepada masaalah kesihatan yang akan dihadapi oleh manusia..& apabila mengetahuinya maka boleh dicari jalan untuk mengcegahnya dengan lebih awal.

Setelah membuat penelitian, maka pesakit akan dinasihat untuk membuat rawatan yang bersesuai dengan masaalah yang dihadapinya.....

Semoga Allah memberi kekuatan kepada ku untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat ku dan semoga Allah memberi kelebihan kepada ku untuk merawat mereka.

Aku bercita-cita untuk menubuhkan sebuah hospital yang mempunyai semua rawatan ini & dapat memberi pengubatan & rawatan yang berbeza dari apa yang di beri oleh pendekatan pengubatan yang ada sekarang...