Thursday, August 20, 2009

Anak Comel Yaang Menangis Tak Henti2 Selama Dua Bulan

Di hadapan rumah ku di Melaka ada se buah Taska yang memberi perkhidmatan mengasuh kanak-kanak telah beroperasi hampir 9 bulan. Mila, tuan punya taska ini merupakan seorang wanita yang sungguh gigih dan tinggi kesabarannya kerana dapat berhadapan dengan karenah anak2 kecil dengan baik sekali.

Kesabarannya dan pekerja2nya tercabar juga apabila seorang jururawat yang bekerja di hospital Melaka mula menghantar anaknya berumur lebih kurang enam bulan ke Taskanya. Jadual kerja ibu muda ini tidak menetu kerana ikut shift yang bertukar tiap minggu. Adakala siang. Adakala malam.

Setelah dua bulan lebih mengasuh Abu, Ina, salah seorang pengasuh yang rapat dengan ku, datang bertanya samaada aku dapat menolong memulihkan keadaan bayi yang sengsara ini.

Dia memberitahu bahawa ibubapanya tak tidur malam kerana Abu tak berhenti menangis.

Aku menyuruh Ina supaya memberitahu ibu Abu untuk menghubungi ku dan menyatakan hajatnya. Namun masuk tiga minggu ibu Abu tak pernah cuba menghubungi aku......dan anaknya terus juga menangis tak henti2.

Suatu petang Ina datang dengan wajah yang sungguh masygul.

"Tak tahan lagi lah Ummi...Abu menangis tak berhenti-henti. Bagi makan menangis. Bagi minum menangis. Mandi pun menangis. Tukar lampin menangis. Rasa macam nak tendang2 je dia."
Ina melepaskan perasaannya yang tertekan..." Ibu Abu pun dah beritahu tak nak jugak datang jumpa Ummi...sibuk lah.. tak ada masa lah..."

" Sabar Ina..." Aku cuba meredakan kemarahannya.

Lepas maghrib aku ke Taska dan membawa pulang Abu ke rumah ku dalam sedu sedan. Kesian anak ini kepenatan kerana tak berhenti menangis..

" Tak pe lah Ina ...Ummi cuba lah ape yang termampu..." Aku menyejukkan hati Ina.


Semetara menyediakan air garam untuk digunakan sebagai permulaan penawar untuk Abu, suami ku mendukung dan cuba mententeramkan Abu....Dia gagal.


Aku memandikan Abu...masih menangis...kesejukan dia menggeletar.

Selepas mandi, aku mengelap badannya dan menyapu bedak ke badannya sambil bercakap2 dengannya...sedunya berkurangan..kemudian aku memulakan aurashifa'.....Fantastik....Abu mula tersenyum dan kemudian ketawa mengekek2..

Bila aku kembalikan Abu ke Ina...Ina macam tak percaya bahawa Abu sudah berhenti menangis dan mula bergolek2 dan gaga gugu bila di acah....Untuk kali pertamanya suara Abu merdu sekali.......

Ina menyedekahkan aku semampunya tetapi hingga kini ibunya tak pernah jugak menghubungi aku untuk berkenal2an...atau menceritakan keadaan Abu kepada ku....

Alhamdullillah Abu sudah kembali normal dan tak menangis lagi....

No comments: