Bismillahir Rahmanir Rahim,
Daya Alami..satu nama pilihan suami ku untuk kedai dan pusat rawatan alternatif & tradisional juga kedai herba akan beroperasi mulai Isnin, 10hb. Ogos, 2009 19hb. Syaaban.....10 hari lewat dari tarikh yang aku rancangkan.
Walaupun begitu, alhamdullilah.... sudah ramai yang masuk ke kedai untuk menanya perihal rawatan yang akan di beri di kedai ini.
Sebelum ini aku hanya memberi khidwat rawatan di rumah tetapi dengan berkat, izin & paksaan suami ku akhirnya aku berjaya juga membuka sebuah kedai milik ku sendiri....yang sudah pun berdaftar di bawah suruhanjaya perniagaan & telah mendapat kelulusan lesen dari Majlis Bandaraya Melaka .....
Setelah siap diubahsuai, dicat oleh anak2 ku & di hias dengan sederhana sekali, kedai ini sudah memberi semangat untuk aku betul2 memberi khidmat kepada masyarakat demi membantu mengembalikan semula kesihatan berdasarkan rawatan & pengubatan ArRasul saw & rawatan2 semulajadi & alami yang telah lama aku pelajari & yakini seperti Homeopati, Herba, Refkexologi, Naturopati, Akupuntur USA, Bekam, Aurashifa' dan lain2 lagi.
Memang benar bahawa bersama penyakit yang diturunkan Allah kepada manusia ,Dia juga menurunkan penawar & cara merawat untuk sembuh...Dia lah Yang Maha Menyembuhkan segala penyakit.
Di Daya Alami, penyakit akan di daignos menggunakan teknik iridologi....iridologi yang di amalkan di negara, England, Eropah seperti di Sepanyol, Itali, france & German juga di negeri Cina, Jepun & Korea melihat ke dalam iris mata untuk mengetahui tahap kesihatan sel2 tisu di dalam organ di dalam tubuh badan manusia.
Iris mata memberi petunjuk kepada masaalah kesihatan yang akan dihadapi oleh manusia..& apabila mengetahuinya maka boleh dicari jalan untuk mengcegahnya dengan lebih awal.
Setelah membuat penelitian, maka pesakit akan dinasihat untuk membuat rawatan yang bersesuai dengan masaalah yang dihadapinya.....
Semoga Allah memberi kekuatan kepada ku untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat ku dan semoga Allah memberi kelebihan kepada ku untuk merawat mereka.
Aku bercita-cita untuk menubuhkan sebuah hospital yang mempunyai semua rawatan ini & dapat memberi pengubatan & rawatan yang berbeza dari apa yang di beri oleh pendekatan pengubatan yang ada sekarang...
Friday, August 7, 2009
Daya Alami, Ayer Keroh, Melaka
Labels:
Akupuntur USA,
Auraashifa',
Ayer Keroh Melaka,
Bekam,
Daya Alami,
Herba,
Homeopati,
Iridologi,
rawatan,
Refleksologi,
Sauna Herba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment