Aku diperkenalkan kepada Facebook oleh anak sulong ku ,Kak Long ,beberapa bulan yang lalu. Pada mulanya aku agak skeptikal terhadap penggunaannya dan menyangka bahawa ia merupakan satu lagi angkara Yahudi untuk melalaikan umat Islam terutama remajanya supaya leka dan membuang masa mengadap komputer dan meninggalkan kewajipan yang lain yang lebih utama.
Anak kedua ku , Hammam juga mengatakan.."Umi belum tahu lagi..dah tau esok macam tak nak tinggalkan komputer..mengadap pagi petang!'
Wah!! Ini sungguh membuat aku ingin sangat2 mengetahui apa dia sebenarnya yang mutakhir ini yang aku ketingalan dan tidak 'trendy aaa'....
Kak Long menjemput aku untuk menjadi kawannya di Facebook. Aku menyuruhnya menjawab bagi pihak ku dan memulakan pendaftaran dengan passwordnya sekali. Bahkan dia menjemput kawan2nya untuk menjadi kawan2 ku...masih juga aku tidak peduli. Bila di tanya kenapa tak balas setiap jemputannya atau tak response pada apa yang dia kirim.....aku hanya menjawab "Malas!".
Pada satu petang yang syahdu aku saje2 melayari facebook ku dan mendapati ia lebih dari yang aku sangka....bermulalah hidup baru ku bersama kawan2 baru ku...
Di Facebook alam cyber ku bermula dengan hanya menyampok dan memberi komen tentang apa yang orang lain paparkan. Kemudian aku sedari aku boleh menjemput siape2 saje kawan2 daripada senarai kawan kepada kawan2 ku untuk menjadi kawan ku.
Aku mencari mana wanita Islam dari luar negara yang boleh bertukar-tukar pandangan tentang Islam. Sehingga kini aku sudah mempunyai lebih dari 100 kawan facebook yang aku hanya kenali nama dan sedikit latarbelakang yang mereka izinkan untuk dilihat.
Semakin hari semakin aku melihat Facebook ini dapat juga meluaskan jaringan ku kepada kerja2 dakwah yang dibuat oleh entah sesiape di seluruh dunia.
Perbincangan mengenai isu2 Islam dan perjuangan terhadap Palestin juga mengharukan aku dan aku dapat rasai mereka yang berhubung dengan ku kerana Islam menjadi perkara yang wajib bagi ku untuk aku layan dan sape setiap hari walaupun dengan hanya memberi salam selamat pagi...yang paling seronok ialah bila dapat berbual online bukan hanya dengan seorang tetapi dengan beberapa orang ...
Kawan2 yang aku kenal di Malaysia ini pun tidak akan memberi salam kepada ku setiap hari.....hanya apabila di telefon barulah mereka membalasnya..mungkin juga kerana kos panggilan telefon adalah mahal...maka facebook ini merupakan pejimatan terhadap komukasi dua hala yang sungguh efektif...dan 24 jam.
Berkongsi ilmu dan pendapat juga lebih mudah....dan lebih berkesan.
Aku sudah lupa nama pencipta Facebook ini tetapi aku tahu dia adalah seorang Yahudi. Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana orang sepertinya telah dapat membantu menyelaesaikan banyak masaalah komunikasi dua hala antara manusia.
Bagai kawan2 ku yang masih belum berfacebook aku rasakan mereka memang ketinggalan sesuatu...mudahan2 mereka akan memanfaatnya untuk kepentingan Islam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment