1hb, Julai bersamaan 8hb. Rejab yang lalu Pertubuhan Mawaddah, Aman Palestin, PUSPANITA UTeM & Pusat Islam UTeM, Ayer Keroh, Melaka, telah bekerjasama untuk mengadakan program Palestin-Doa & Harapan sebagai merai kemasukkan pelajar baru ke UTeM. Jemputan untuk program ini dijalankan di Dewan Canseleri di bangunan Canseleri yang baru siap dan baru mula digunakan sebagai jantung Kampus Induk UTeM.
Dewan yang cantik itu penuh sesak dengan staff UTem yang dijemput hadhir serta pelajar-pelajar dan pemimpin pelajar. Naib Canselor dan Timbalan 2Naib Canselor juga hadhir
Puan Hajjah Hashimah Salleh bersama suami mewakili Aman Palestin sementara Mawaddah pula di wakili oleh Datin Noraini Mohd. Top, Pn Nasobah Seliman, Pn Norlena Nann dan saya sendiri.
Aman Palestin ditugaskan untuk membuat pameran dan jualan cenderahati sementara PUSPANITA & Pusat Islam UTeM bertugas sebagai host program tersebut.
Alhamdullilah ceramah yang disampaikan oleh Hajjah Hashimah sungguh menyentuh perasaan yang hadhir dan ramai yang menistiskan air mata bila isu-isu yang dibawa oleh Hajjah Hashimah membuka mata & pintu hati mereka.
Ia berlegar tentang sejarah Palestin, geografinya, penduduknya, hubungkait dengan pepearangan dan penaklukan Palestin sejak dari zaman Rome lagi hingga ke pemerintahan Othmaniah Turki. Juga bagaiman ia akhirnya menjadi rebutan orang-orang Yahudi dan penjajahan mereka di bumi Palestin.
Isu yang lebih hebat dibawa ialah Palestin & Masjid AlAqsa merupakan kiblat pertama orang-orang Islam dan tempat tapak pelancaran Rasullullah saw & 'roketnya' ke angkasa lepas. Sekarang Masjid AlAqsa yang merupakan Masjid ketiga terpenting selepas Masjidil Haram dan Masjid Medina, kerana Rasulllah saw telah bersabda bahawa sesiapa yang bersolat di masjidil Haram dan Masjidil Medina akan beroleh 1,000 kali pahala sementara solat di masjid AlAqsa akan mendapat 500 kali ganda berbanding solat di tempat lain...
Palestin merupakan juga tanah tempat kelahiran Nabi-Nabi dahulu sementara di sini jugalah nanti Nabi Isa as akan diturunkan untuk mengembalikan Islam sebagai kerajaan dan meruntuhkan penjajahan Yahudi.....
Penindasan terhadap orang2 Islam Palestin yang telah berlaku dari tahun1947 hingga kini memaparkan kekejaman Yahudi & Zionis yang dahsyat dan memilukan.
Persoalannya ialah mengapa masih ramai orang-orang Islam yang tidak berbuat apa-apa dan hanya diam membisu sahaja tanpa bangun bersama-sama memberi bantuan memerdekakan bumi bertuah ini terutama didalam keadaan orang-orang Palstin yang tidak mempunyai apa-apa kekuatan dan amat lemah.
Kebanyakan pemimpin-pemimpin Islam dunia bisu dan takut kepada ancaman Amerika & Yahudi.
Barulah saya tahu bahawa kajian saintis Barat telah menemui bahawa Palestin duduk di tengah2 peta dunia antara Amerika, Eropah dan Asia. Ia bagaikan pusat dunia ...dan barulah saya tahu bahawa setiap roket yang ingin dilancarkan ke angkasa lepas harus dan mesti melalui ruang angkasa di atas Masjid AlAqsa...Bagi orang-orang Yahudi ia merupakan Pintu Ke Angkasa Lepas...tempat naiknya Rasullullahsaw bertemu dengan Allah swt...alangkah doifnya kita..
Apabila kita bercerita tentang isra' & mi'rajnya Rasullallah saw kita hanya menceritakan tentang buroq, dan solat 5 waktu sahaja....kita jahil dengan apa yang Allah telah beri kepada kita.....Pintu ke langit...penguasaan langit dan jalan ke langit hanyalah melalui AlAqsa...oleh itu kenapa mesti kita duduk diam 7 membiarkan orang lain merampas khazanah yang Allah beri ini....
Inilah rahsia kenapa orang-orang Yahudi sangat berkehendakkan Palestin!!!
Kerajaan yang paling berkuasa sahaja dapat menakluki Palestin..dimulakan dengan Empayar Rome, Empayar Islam dibawah pimpinan Omar AlKhattab, kemudian kembali kepada Rome semula, kemudian ditakluki oleh Sallahuddin AlAyubi dan kemudiannya oleh Kerajaan Othmaniah Turki...kini di jajahi oleh Yahudi yang merupakan kuasa terbesar ketika ini.
Orang-orang Islam Palestin yang berada di tebing gaza ketika ini disekat dan dikurung kegiatan mereka, anak-anak yang tidak dapat bersekolah, pemuda pemudi yang dibunuh tanpa sebab...pembunuhan beramai-ramai yang kejam dan zalim...apakah kita masih berdiam diri dan membiarkan saudara-saudara kita diperlakukan sebegitu??
Tabung atu rumah Satu Tabung untuk mengisi sumbangan kepada rakyat Palestin dilancarkan pada petang itu...
Wahai saudara-saudara ku Se Islam...marilah hulurkan tangan mu untuk saudara2 yang ditindas tanpa henti....sedarlah bahawa sumbangan ini dalam apa jua bentuk akan dikira sebagai amal bakti yang akan dibalas oleh Allah swt.....
Ya Allah berilah kemenangan kepada hamba mu yang ingin menegakkan kebenaran di bumi Mu ini...Ameen Ya Rabbil Alamin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment