Sudah tiga tahum kami di Melaka dan selama itu saya tetap berulang alik ke Kuala Lumpur pada hujung minggu untuk menghadiri program2 amal yang dapat menghidupkan semangat Islam dalam jiwa dan sama2 menyemarakkannya bersama kawan-kawan yang lain ....
Dua bulan yang lepas saya telah menghadiri majlis kenduri kahwin anak kawan saya, Rohana Khairun yang berlangsung di Bukit Jelutong, Shah Alam. Saya makan semeja bersama Datin Noraini Mohd. Top, Timbalan Presiden Pertubuhan Mawadah Malaysia yang datang bersama suaminya Dato' Safaruddin. Dulu kami pernah belajar sekali di Kolej Tunku kurshiah, Seremban. Beliau merupakan pelajar senior.yang sangat saya kasihi dan hurmati. Saya di tingkatan satu, beliau di tingkatan enam.
Beliau juga merupakan motivator yang hebat memberi kursus motivasi kepada anak2 remaja dan ibu2 tunggal di seluruh negara.
Beliau menjemput saya untuk hadhir mesyuarat ahli jawatankuasa Mawadah untuk membincangkan isu2 yang baerkaitan dengan Palestin dan kerjasama yang telah dibuat antara Mawaddah dengan Kumpulan Aman Palestin seperti mengadakan kutipan derma dan ceramah tentang Palestin oleh orang2 Palestin sendiri.
Cadangannya ialah untuk membawa Gabnor Gaza ke Malaysia.
Setelah pulang ke Melaka saya menelepon beliau jika boleh program2 seperti itu dibawa ke luar dari Kuala Lumpur untuk membolehkan masyarakat di sini mendapat pendedahan terhadap masaalah Palestin....
Beberapa panggilan telepon ke Pusat Islam Universiti Teknikal Melaka dan perbincangan dengan PUSPANITA UTeM akhirnya membuahkan hasil yang baik.
Atas kerja kuat dan sokongan Presiden PUSPANITA, Puan Sara isteri Naib Chanselor UTeM dan Pusat Islam dan hasrat PUSPANITA untuk mengadakan program mereka bersama Palestin akhirnya program yang pada awalnya tergendala akhirnya menjadi nyata.....Puan Norlena Nann dan dan puan Nasobah ajk Mawadah telah turun ke UTeM berkenalan dengan warga UTem yang terlibat dan membincang denganlebih teliti bagaimana program itu harus dijalankan.
Pada 28hb. hingga 1hb Julai nanti dipersetujui bahawa pameran tentang Palestin anjuran bersama Pusat Islam, PUSPANITA, Mawaddah dan Aman Palestin akan diadakan.
Kemuncaknya ialah satu ceramah tentang Palestin yang akan disampaikan oleh Puan Hashimah Salleh salah seorang Pengarah Aman Palestin yang telah dianugerah Tokoh Amal Hijrah Tahun 2007 kerana penglibatannya didalam memperjuangkan isu Palestin.
Alhamdullilah satu roadshow juga dijangka akan berjalan di masjid2 di Melaka untuk tujuan yang sama. InsyaAllah pada bulan Ramadhan nanti Mawaddah akan menjemput seorang warga negara Palestin yang telah menemukan terowong yang digali oleh Yahudi dibawah Masjid AlAqsa..
Kita juga berharap untuk melancarkan Program Satu Tabung Satu Rumah bagi mengutip derma untuk rakyat Palestin...dimana mereka yang sedar akan membeli satu tabung dan menggalakkan ahli keluarga dan sahabat handai menabung dan kemudiannya menyimpan terus ke dalam akaun di bank sabagai sumbangan permulaan ke arah sumbangan yang lebih besar kelak.
Apa lagi yang dapat kami lakukan untuk menolong mereka sesama Islam yang di tindas dan diperlakukan dengan kejam oleh satu bangsa yang angkuh....Ya Allah berkatilah usaha kami ini dan terimalah ia sebagai amal yang Engkau redhoi.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
Satu usaha yang sangat hebat. Tahniah !!
Thank You...hanya membantu kawan2 kerana Allah...
Post a Comment