Wednesday, July 15, 2009

Friends Forever....

Sejak kita kecil lagi kita sudah ada ramai teman. Rakan yang kita temui disekolah, di sekitar rumah kita, kenduri kendara. Ramai yang hilang entah ke mana, tak tahu apakah yang telah terjadi kepada mereka...tiada khabar berita bertahun-tahun hingga nama mereka pun sudah kita lupakan......kemudian ramai pula yang kita temui kembali dalam keadaan yang tidak dirancang.

Walau telah lama tidak berjumpa, hairannya perasaan kasih sayang, kehangatan dan kemesraan masih lagi terasa dan tidak satu pun yang hilang ...seolah-olah perpisahan sementara itu tidak pernah terjadi...walau pun sudah bertahun-tahun tidak berjumpa dan bertegur sapa.....walau pun banyak perubahan fizika dan fikiran ketara, namun orang itu masih juga seperti dahulu....pada dasarnya...pada rasa kita...

Begitu juga dengan aku...punya ramai teman sewaktu di bangku sekolah dahulu, samada di sekolah rendah, menengah atau ketika di universiti ...kawan yang aku kenali sebagai rakan sedarjah, rakan mengaji Quran, rakan main kejar-kejar & polis sentri......kawan dalam pasukan bola jaring atau hoki atau ping-pong...kawan-kawan dalam persatuan serigala atau red cross...Rakan-rakan jumpa dalam kursus & ketika ikut suami aku sambung belajar ke England dulu ramai juga kawan-kawan yang aku kenali.....

Namun kawan-kawan yang terpisah kerana kerja, belajar atau komitmen lain..tak dapat dihubungi atau terlupa untuk dihubungi kerana sibuk dengan macam-macam hal ....kini aku temu kembali...seakan-akan telah ditentukan..... kadang-kadang serentak waktu kenduri kendara atau open house waktu hari raya & yang paling terdekat didalam Facebook...kecil dunia ini kerana kemana pun kita pergi kita akan pasti jumpa mereka kembali dengan izin Allah..

Pasti ada sebab mengapa ditemukan kembali mereka ini...Mereka ini telah memenuhi ruang hiduo kita waktu kita kecil...membentuk perasaan kita dalam duka & gembira...pernah bertengkar dan berselisih faham...pernah bermain bersuka ria bersama..

Aku masih ingat waktu aku di sekolah rendah dulu...kawan sedarjah ku terdiri dari berbilang bangsa dan agama kerana sekolah ku ialah sekolah Inggeris...tahun enam puluhan dulu. Aku berkawan dengan mereka dengan ikhlas tanpa ada rasa benci atau curiga terhadap mereka walaupun mereka itu orang Cina, India atau Singh....dan bukan beragama Islam.

Musim perayaan tiap kaum disambut bagai nak sakan...dari pagi hingga ke petang. kami bermain bersama sama ada dalam pasukan atau waktu hujung minggu & pergi menonton wayang, berkelah dan membeli buku di kedai buku di bandar yang kecil seperti Kuala Lipis dengan sungguh gembira sekali...

Bila aku ditawar belajar ke Kolej Tunku Khurshiah di Seremban...duduk di asrama dan hanya pulang waktu cuti sekolah..kami akan berjumpa lagi....tetapi kemudian perjumpaan itu semakin kurang bila keluarga ku berpindah ke bandar lain kerana tugas mereka.

Ia langsung terhenti bila aku sibuk menumpukan masa ku untuk exam atau tournament hoki atau tennis sewaktu cuti sekolah.....dan kemudian kami tidak berjumpa lagi...

Aku rasa sunguh rugi dan malang sekali..Masing masing membawa diri..Apabila sudah berumah tangga & berkerja masing-masing asyik sibuk dengan tugas & career masing-masing & membina serta membesarkan anak-anak......kawan-kawan terabai & dilupakan.....

Agaknya apabila umur sudah meningkat dewasa & berusia....anak-anak sudah besar dan tamat belajar kemudian kawin & berumahtangga......barulah mencari kenalan lama.....terutama sewaktu nak hantar kad jemputan kahwin..

Walau pun tak semua yang aku dapat temu kembali aku bersyukur kerana Allah menemukan & menjalin semula hubungan yang terputus itu. Sungguh seronok kerana hidup rasa tak sunyi bila ada teman..yang lama seperti Ipah, Zai, Hani, Fatti, Rhonaj, Pij, ...Baharuddin, Nordin, dan yang baru seperti Zulfa, Po, Saba dan ramai lagi.....semua yang telah mematangkan hidup ku sabagai hamba Allah....

Rasullullah menyuruh kita memilih teman yang baik dan berakhlak mulia supaya dapat mendorong kita ke jalan Allah sebelum kita menemuiNya. Kawan memberi kesan dan sangat mempengaruhi perasaan & fikiran kita...di dalam keadaan sedih mereka memberi peransang,kita mengadu masaalah kita kepada meraka & berkongsi gembira juga bersama mereka...Betullah perumpamaan Inggeris berbunyi....... a friend in need is a friend indeed....

Dan kalau pun kita tidak sempat berjumpa di dunia ini , kita pasti akan berjumpa di akhirat nanti....insyaAllah

No comments: