Mendiang Teoh, salah seorang pembantu wakil rakyat Pakatan Rakyat mati akibat terjun dari tingkat 14 di Plaza Masalam, Shah Alam....kematian yang sungguh memilukan kerana esoknya beliau merancang untuk mengahwini tunangnya....ibunya tak henti2 menangis...begitu juga ramai rakyat Malaysia yang turut sama bersimpati dengan keluarga beliau termasuklah aku...
Kematian ini sungguh mencurigakan...& kejam....kedudukan mayat yang terlantar di koridor tingkat lima plaza itu tidak seperti kedudukan orang yang bunuh diri...seluarnya koyak di bahagian punggung...handfonnya berada di dalam simpanan MACC..kenapa?
Dia tidak diberi hak untuk mengambil peguamnya & di soalsiasat seperti kriminal .dengan ugutan, cacian selama 8 jam....
Aku bukan berbangsa Cina tetapi aku manusia yang sangat2 menghargai nyawa manusia....di dalam Islam seseorang yang menyelamatkan satu nyawa dia seolah2 telah menyelamat the whole of mankind.....tidak kira bangsa, ugama atau darjat...atau parti politik...
Bila satu nyawa tidak dihurmati, dihargai dan diperlaku sewenang2nya, ia petanda bermulanya satu era pemerintahan bersifat kuku besi yang berselindung di sebalik demokrasi....
Bila satu nyawa diperlakukan lebih hina daripada haiwan peliharaan itu tandanya tidak wujud lagi kasih sayang di dalam jiwa & menularnya sifat2 kejam & tidak berperikemanusiaan..
Bila satu nyawa tidak diperduli, akan berlaku banyak lagi trajedi yang seperti ini tetapi tetap akan diselindung , rakyat tidak akan hidup dalam aman & tenteram...
Apa sudah jadi dengan demokrasi di Malaysia...takkan kita akan jadi samseng & mafia....kematian ini adalah satu petanda nanti masyarakat tidak akan percaya mereka di lindungi & dibela & agensi yang sepatutnya menjadi badan bebas menyiasat tanpa prejudis. akhirnya bertindak diluar batas2 kemanusiaan..
.....right now ......I know I have no choice but to support this cause of upholding justice.....hati kecil ku meronta untuk bersuara tentang tidak keadilan......how can I just keep my mouth shut...berdiam diri & membisu bila kezaliman bermaharajalela....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment